Pengenalan

Pengenalan


Pusat Islam Lukman al_Hakim PTSS telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jun 2004 . Selaras dengan pemantapan pengurusan ini, aktiviti-aktiviti berkaitan kerohanian dan pembangunan syiar Islam di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Islam disamping mendapat bantuan daripada Jabatan Pengajian Am dan juga jabatan akademik yang berada di politeknik. Pengurusan  Pusat Islam Lukman al-Hakim PTSS adalah institusi penting yang mempunyai fungsi yang sangat luas berperanan sebagai pusat kegiatan ibadat, pusat kegiatan dakwah dan ilmu, pusat kegiatan sosial dan juga berperanan membangunkan modal insan dan memacu ummah amnya serta staf dan mahasiswa PTSS khususnya ke tahap kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Pusat Islam Lukman al-Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin diurus tadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik oleh pihak pengurusan PTSS.