Lajnah Dakwah dan Kepimpinan

Lajnah Dakwah dan Kepimpinan.

Menjadikan Pusat Islam sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mempunyai segala kemudahan pembelajaran dan pendidikan.   Bagi tujuan ini, lajnah  ini dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, kursus haji dan umrah, kelas mukaddam, kelas al-Quran, tahfiz al-Quran dan kelas-kelas tambahan, kursus penyembelihan dan lain-lain.

2. Menyusun program kuliah  secara terancang.

3. Mengadakan kelas pengajian al-Quran lanjutan daripada program membudayakan al-Quran.

4. Mengadakan majlis-majlis ceramah umum, syarahan dan forum.

5. Mengadakan aktiviti kumpulan usrah.

6. Menyusun program qiamulail di setiap malam Jumaat dan di malam-malam bulan Ramadhan dan menyusun program berkala sempena hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul dan sebagainya.

7. Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.

8. Mengadakan majlis membaca Yasin, tahlil dan solat hajat bersama dengan pihak kamsis dan jabatan semasa bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.